Kita Semua Salesman

Salesman Kaya Raya

Hari ni saya nak ajak pembaca semua merenung satu kenyataan – Kita Semua Salesman (atau Salesgirl, Saleswoman etc. mana yang berkenaan).

Apakah maksud dia? Maksudnya semua dari kita perlu menjual sesuatu untuk hidup dalam dunia ni.

Tak percaya? Surirumah jual perkhidmatan mengurus rumahtangga kepada suami dan anak-anaknya. Suami jual dirinya kepada keluarganya dengan perkhidmatan menjaga keluarganya. Yang bekerja makan gaji sebenarnya jual servisnya kepada majikan masing-masing melalui pekerjaannya. Yang berniaga sah-sahlah jual sesuatu kepada orang lain. Itulah yang saya maksudkan tadi – Kita Semua Salesman.

Cuma hakikat yang biasa ialah, jadi Salesman biasa jarang menjadikan kita ada Masa & Harta sekaligus. Selalunya ada salah satu je, samada ada Masa, atau pun ada Harta je.

Salesman pulak memang ada ranking² dia. Ada Salesman bagus (Level 1), ada yang biasa² bagus (Level 2), biasa² tak bagus (Level 3) dan ada juga yang suam² kuku (takde Level).

Maksudnya macam ni. Kalaulah kita ni kerja potong rumput, bila kerja tu kita potong rumput dengan cantik dan kemas, lepas tu kita bersihkan rumah orang tu elok², kerja kita pun cepat, budi bahasa lagi, tuan rumah suka dengan kita – itu tanda kita ni Salesman L1.

Tapi kalau kita kerja Manager, tapi datang kerja selalu lewat, masuk meeting selalu tak prepare, tak boleh deliver benda² on time, selalu tuang pulak tu – ni lah dia contoh Salesman takde Level.

So bukan pangkat yang menentukan power tak power seseorang Salesman ni, tapi satu benda yang dipanggil efficiency (keberkesanan).

Samada kita ni pemotong rumput, kerani, secretary, kerja kilang, bawak Grab, doktor, lawyer, pemain muzik, majistret hinggalah ke Perdana Menteri, kita diukur dari segi keberkesanan kita pada pekerjaan kita tu. Adakah kita berjaya menggembirakan pelanggan (orang yang kita berkhidmat kepadanya) kita?

Kalau anda banyak mendapat pujian, sanjungan, thumbs up, extra tips dan sebagainya, anda memang L1.

Saya nak buat seruan kepada Salesman² yang rasa kategori dia adalah Level 1 & 2. Anda nak gembirakan orang lain je ke?

Anda berhak untuk dapat kehidupan yang lebih baik, hidup dengan lebih relaks. Bekerja dengan lebih berkesan. Upgrade kualiti hidup. Pandu kereta yang lebih selamat. Tinggal di rumah yang lebih selesa. Beri kehidupan selesa juga kepada mak dan ayah. Zakat dan sedekah dengan lebih banyak. Semua ini datang daripada mana?

Satu jawapan saja. Semua ini bergantung kepada nombor yang kita nampak di mesin ATM setiap bulan.

Kenapa dengan Salesman L1 & L2 ni? Sebab orang putih kata how you do something is how you do everything. Maknanya kualiti yang anda ada tu boleh digunakan untuk melonjakkan kedudukan anda ke tahap yang lebih tinggi kalau digunakan betul-betul.

Adakah anda Salesman L1 atau L2 yang masih lagi belum menggembirakan hidup sendiri dari segi Masa dan Harta?

Mahukah anda ditunjuk ajar macam mana untuk mencapai matlamat hidup - satu demi satu?

Alang-alang memang dah jadi Salesman, biar jadi Salesman yang kaya-raya.

Call atau Whatsapp saya kat 019-3552800 atau masukkan maklumat anda di bawah ni.